TAMU

Perjanjian Perkhidmatan

PERJANJIAN PERKHIDMATAN (SERVICE AGREEMENT)
Tamu.my

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Mei 2025

Perjanjian ini adalah antara anda (“Pengguna” atau “Pemilik Homestay”) dan pihak pengurusan Tamu.my (“Penyedia Perkhidmatan”, “kami”, atau “Tamu.my”). Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah:


1. Peranan Tamu.my

  • Halalstay2u.com adalah platform atas talian yang menyediakan ruang untuk pengiklanan homestay.

  • Tamu.my tidak terlibat dalam sebarang urusan tempahan, pembayaran, atau pertikaian antara pencari homestay dan pemilik homestay.

  • Komunikasi dan transaksi berlaku secara terus antara pengguna dan pemilik homestay, melalui WhatsApp, panggilan telefon atau cara lain yang dipersetujui.


2. Tanggungjawab Pemilik Homestay

  • Bertanggungjawab menyediakan maklumat homestay yang tepat, lengkap dan terkini, termasuk gambar, kadar harga, lokasi dan peraturan.

  • Bersetuju untuk mematuhi kadar dan tempoh pengiklanan yang ditetapkan oleh Halalstay2u.com.

  • Menjamin bahawa homestay yang diiklankan adalah sah dimiliki/dikendalikan dan tidak melanggar mana-mana undang-undang tempatan.

  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala urusan dengan tetamu.


3. Tanggungjawab Pencari Homestay (Pengguna)

  • Memahami bahawa Halalstay2u.com bukan ejen atau pengendali homestay.

  • Bertanggungjawab untuk menghubungi pemilik homestay sendiri untuk tujuan pertanyaan, tempahan dan bayaran.

  • Perlu menilai sendiri kesesuaian homestay dan menyemak maklumat dengan teliti sebelum membuat tempahan.


4. Bayaran dan Polisi Iklan

  • Semua iklan tertakluk kepada bayaran pengiklanan yang dinyatakan semasa proses pendaftaran homestay.

  • Bayaran pengiklanan tidak akan dikembalikan selepas pengesahan, kecuali jika terbukti berlaku kesilapan teknikal oleh pihak Halalstay2u.com.

  • Halalstay2u.com berhak menyemak semula kadar dan polisi dari semasa ke semasa.


5. Penafian Tanggungjawab

  • Halalstay2u.com tidak menjamin ketepatan, kebolehpercayaan, atau keselamatan homestay yang diiklankan.

  • Halalstay2u.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, pertikaian, kerosakan atau penipuan yang timbul daripada penggunaan laman ini atau urusan antara pengguna dan pemilik homestay.

  • Semua interaksi dilakukan atas risiko sendiri.


6. Penamatan atau Penggantungan Iklan

Halalstay2u.com berhak menolak, menggantung atau memadam sebarang iklan tanpa notis jika:

  • Iklan mengandungi maklumat palsu, menyalahi undang-undang atau mengelirukan;

  • Pemilik homestay melanggar mana-mana syarat dalam perjanjian ini;

  • Terdapat aduan serius yang disahkan daripada pengguna.


7. Perlindungan Data

Segala maklumat yang diberikan kepada Halalstay2u.com akan digunakan mengikut Dasar Privasi/Polisi Privasi kami dan tidak akan dijual kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.


8. Pindaan

Tamu.my berhak meminda terma dan syarat ini dari semasa ke semasa. Pindaan akan berkuat kuasa serta-merta selepas dipaparkan di laman web.


9. Undang-undang dan Penyelesaian Pertikaian

Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul akan diselesaikan melalui perbincangan, dan jika gagal, melalui mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.


PENGAKUAN PENGGUNA DAN PEMILIK HOMESTAY
Dengan menggunakan laman Tamu.my, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat perkhidmatan ini.

Scroll to Top